Assalamualaikum.. Selamat datang ke blog Wan!!~ : )

Wednesday, March 9, 2011

JENIS-JENIS KOMUNIKASI MENURUT ISLAM

Sepertimana yang kita semua ketahui komunikasi boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu :

1)      Komunikasi dengan Allah.
Komunikasi dengan Allah merupakan komunikasi yang paling tinggi darjat dan yang paling mulia dalam amalan manusia. Komunikasi tersebut dilakukan dalam bentuk ertikal dan secara terus menerus. Komunikasi ini dilakukan adalah bertujuan untuk mendekatkan diri manusia dengan Allah, memohon petunjuk, menyatakan sesuatu atau mengadu tentang masalah kehidupan, berterima kasih atau bersyukur, menyerah diri, memohon perlindungan, menyembah dan lain-lain.

2)      Komunikasi dengan sesame manusia.
Komunikasi sesama manusia berlaku dalam bentuk yang luas mencakupi berbagai aktiviti dalam kehidupan seperti komunikasi pendidikan, komunikasi keluarga, komunikasi dalam pekerjaan, komunikasi peniagaan, komunikasi dakwah, dan sebagainya. Ia boleh dilakukan cara individu dengan individu, individu dengan kumpulan dan komunikasi dengan kumpulan. Komunikasi tersebut boleh dilakukan secara langsung dan juga tidak langsung.

3)      Komunikasi dengan diri sendiri.
Komunikasi dengan diri sendiri dapat dilakukan melalui bercakap-cakap dengan diri sendiri seperti melalui proses berfikir, menghisab diri atau bermunasabah diri sendiri tentang amalan yang kita telah lakuakan ibadah-ibadah harian, proses mengenal diri dan lain-lain. Komunikasi dengan diri sendiri sangat dituntut oleh agama aga kita selalu berhati-hati,selalu menilai prestasi diri supaya kita dapat memperbaiki amalan kita.


4)      Komunikasi manusia dengan alam sekitar.
komunikasi manusia dengan alam sekitar , adalah perlu dilakukan oleh umat Islam sesuai dengan fungsi manusia menurut Islam sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi. Alam sekitar bermaksud sesuatu yang berada disekitar kehidupan manusia seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan dan isi alam yang lain. Komunikasi dengan alam sekitar adalah untuk kepentingan bersama iaitu untuk memenuhi keperluan manusia dan untuk menjaga kelestarian alam.


Oleh itu, kita sebagai makhluk  Allah di atas muka bumi ini haruslah pandai mempraktikan kesemua jenis-jenis komunikasi yg telah dijelaskn diats…semoga kita akan mendapat keredhaan oleh Allah SWT.

2 comments: